Individu dijangkiti Covid-19, influenza lebih berisiko mati

Individu dijangkiti Covid-19, influenza lebih berisiko mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Golongan dewasa yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 dan virus influenza lebih berisiko menghidap penyakit kronik serta ancaman kematian berbanding menghidap Covid-19 sahaja. 

Saintis dari United Kingdom dan Belanda mendapati pesakit dengan gejala kedua-dua jangkitan tersebut iaitu Covid-19 dan influenza memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) lebih empat kali. 

Berbanding dengan pesakit yang hanya dijangkiti virus Covid-19 atau individu yang dijangkiti gabungan Covid-19 dengan virus lain.

Pakar dari University of Edinburgh, Prof. Kenneth Bailie berkata, kedua-dua virus itu adalah ‘sangat bahaya’. 

Beliau juga melahirkan kebimbangan apabila banyak negara mula melonggarkan syarat penjarakan fizikal serta peraturan lain.

“Kami jangka Covid-19 akan tersebar dengan selesema (influenza) sekali gus menambah peluang menghidap dua jangkitan serentak.

“Sebab itu, kita perlu mengubah strategi ujian calitan terhadap pesakit Covid-19 di hospital dan ujian influenza secara lebih meluas,” katanya. 

Kajian melibatkan data lebih 305,000 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan Covid-19 antara Februari 2020 hingga Disember tahun lalu, yang dianalisis oleh penyelidik dari Edinburgh, University of Liverpool, Imperial College London dan Leiden University di Belanda. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,965 pesakit dengan Covid-19 mempunyai dua jangkitan daripada virus lain, dengan 227 disahkan mempunyai virus influenza. 

Bulan lalu, kerajaan UK memansuhkan peraturan sekatan Covid-19 sebagai sebahagian daripada pelan ‘hidup bersama Covid-19’. 

Bermula 1 April depan, hanya sebilangan kecil kumpulan berisiko dan kakitangan penjagaan sosial yang akan menjalani ujian calitan percuma berterusan secara terhad.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya