Hospital pediatrik, wad bersalin musnah dibedil, 17 cedera - Utusan Malaysia

Hospital pediatrik, wad bersalin musnah dibedil, 17 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pertempuran antara tentera Ukraine dan Rusia semalam menyaksikan sebuah hospital pediatrik termasuk wad bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 cedera.

Kesan kemusnahan ditunjukkan oleg Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menerusi satu video di twitter.

Video itu menunjukkan banyak tingkap pecah damn dinding hospital runtuh.

Jumlah mangsa cedera tidak melibatkan kanak-kanak, menurut pihak berkuasa wilayah tenggara Dobtesk, Pavlo Kyrylenko.

Zelenskyy menjelaskan, masih ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan tersebut, termasuk kanak-kanak.

Pertempuran terus berlaku di Ukraine ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran perang dengan Rusia bakal mencetuskan krisis kesihatan di Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya