Harga barang dijangka naik sehingga Aidilfitri

Harga barang dijangka naik sehingga Aidilfitri

AYAM merupakan antara barangan asas yang merekodkan peningkatan harga dalam pasaran Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Harga barang asas sudah pun meningkat sebelum ketibaan bulan Ramadan dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga menjelang Aidilfitri.

Sebagai contoh, harga minyak masak mula meningkat sejak akhir tahun lalu, selain mengalami kekurangan bekalan sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ketua Umum Ikatan Perdagangan Pasar Indonesia (IKAPPI), Abdullah Mansuri berkata, kenaikan harga melibatkan pelbagai barang makanan dalam pasaran ketika ini.

Katanya, harga cili merah melonjak hampir 100 peratus berbanding harga normal iaitu dari 40,000 rupiah (RM11) bagi sekilogram kini meningkat menjadi 70,000 rupiah (RM20) per kilogram.

Selain itu, harga ayam juga naik dari 33,000 rupiah (RM9) sekilogram kepada 39,000 rupiah (RM11), manakala harga lebih mahal direkodkan untuk daging lembu iaitu 140,000 rupiah (RM41) sekilogram.

“Harga barangan asas ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa sehingga menjelang Aidilfitri sekiranya kerajaan tidak mampu mengawal jumlah stok.

“Sekiranya bekalan tidak diperoleh menjelang minggu depan, maka keadaan (kenaikan harga) akan menjadi semakin teruk,” katanya kepada CNN Indonesia.

Dalam pada itu, penganalisis di Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan Indonesia (INDEF), Rusli Abdullah menyatakan, terdapat pelbagai faktor kenaikan harga barang makanan.

Antaranya faktor cuaca yang tidak menentu sehingga menjejaskan pengeluaran cili.

Selain itu, jumlah import yang semakin mahal juga memicu kepada kenaikan harga barang, seperti daging lembu yang diimport dari Australia dan bawang dari India.

“Melihat kepada trend sekarang, barang yang dijangka akan terus naik harga sehingga Aidilfitri adalah bawang, cili, minyak masak dan daging lembu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya