JAKARTA: Lebih 250 penduduk diarahkan berpindah segera selepas Gunung Merapi dilaporkan meletus malam tadi dengan menghamburkan debu panas dan mengeluarkan lahar di lereng gunung.
Menurut Badan Nasional Tindakan Bencana (BNPB), lahar panas Merapi mengalir sejauh lima kilometer antara waktu tengah malah sehingga pukul 2 pagi waktu tempatan.
Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata, Merapi setakat ini sudah menghamburkan debu panas sekurang-kurangnya tujuh kali.
“Kira-kira 253 penduduk di sekitar kawasan gunung itu dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di perkampungan Glagaharjo dan Umbulharjo di Yogyakarta serta daerah Klaten di Jawa Tengah.
“Status gunung berpai itu diletakkan pada tahap bahaya ketika ini dengan debu tebal menyelubungi beberapa perkampunga.
“Setakat ini, tiada kemalangan jiawa mahu pun kecederaan direkodkan,” katanya.
Gunung Merapi setinggi 2,963 meter merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Kali terakhir gunung itu meletus adalah pada 2010 yang mengorbankan lebih 350 orang. – REUTERS