WASHINGTON: Empat dewasa dan dua kanak-kanak terbunuh apabila tornado melanda daerah Madison di negeri Iowa semalam.
Fenomena alam itu juga menyebabkan empat cedera, selain menyaksikan banyak infrastruktur termasuk rumah dna harta benda rosak teruk.
Pengarah Pengurusan Kecemasan Madison, Diogenes Ayala menyifatkan tornado itu sebagai paling teruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
“Kami tidak pernah berdepan dengan tornado sekuat dan seburuk ini.
“Semuanya berlaku amat pantas,” katanya.
Sebelum itu, agensi kaji cuaca sudah memberi amaran mengenai ribu kuat yang bakal melanda tengah Iowa.
Dalam pada itu, Gabenor Iowa, Kim Reynolds menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terkorban.
Pada Disember tahun lalu, sejumlah tornado melanda lima negeri di AS, menyebabkan 79 maut di Kentucky dan beberapa kematian lagi di Tennessee, Arkansas, Missouri dan Illinois. – AFP