Empat maut pesawat tentera AS terhempas di Norway - Utusan Malaysia

Empat maut pesawat tentera AS terhempas di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas di utara Norway sehingga mengorbankan empat anak kapalnya.

Lapor BBC, pesawat milik Kor Marin AS sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika ia terhempas.

Pesawat MV-22B Osprey terhempas di sebuah kawasan terpencil di selatan bandar Bodo, Norway, semalam.

Dilaporkan, helikopter milik pasukan penyelamat tidak dapat mendarat di lokasi tersebut disebabkan cuaca buruk.

Justeru, mereka terpaksa menggunakan jentera pengaut salji untuk sampai ke lokasi nahas pada awal pagi tadi.

“kami mengesahkan kesemua empat anak kapal dalam pesawat tentera itu terkorban,” kata polis tempatan menerusi kenyataan.

Tambah kenyataan itu, semua mangsa terkorban merupakan warga AS.

Siasatan untuk mengenal pasti punca nahas terpaksa dihentikan sementara disebabkan cuaca buruk.

Namun, polis berkata, siasatan tersebut akan disambung semula selepas keadaan bertambah baik.

Pesawat MV-22B Osprey mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan NATO yang dikenali sebagai `Cold Response’ bertujuan mempersiapkan anggota pakatan pertahanan melindungi Norway.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya