NEW YORK: Hartawan terkemuka, Elon Musk mengaku sering berasa kesunyian dan hanya mempunyai anjing peliharaan sejak berpisah dengan teman wanitanya, Grimes.
Musk membuat pengakuan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Business Insider, Mathias Dopfner dalam temu bual, baru-baru ini.
Lapor Daily Mail, Musk berkata, beliau kadang kala berasa terasing sejak putus cinta dengan Grimes yang merupakan penyanyi.
“Ada kalanya, saya berasa sunyi. Sudah pastinya semua orang pernah melalui situasi sama dan ia agak biasa.
“Jika, saya sedang melakukan kerja projek kapal angkasa lepas dan tinggal seorang diri di rumah tanpa anjing bersama, saya berasa sunyi,” katanya.
Menurut Musk, beliau juga tidak boleh bersendirian kerana ia merupakan `reaksi semula jadi manusia’.
Grimes yang sudah berpisah dengan Musk, dilaporkan ketika ini sedang berpacaran dengan seorang anggota tentera, Chelsea Manning.
Terdahulu, Musk dalam temubual itu ditanya mengapa tidak berminat dengan umur panjang atau manusia memanjangkan jangka hayat mereka.