WASHINGTON: Hartawan terkemuka, Elon Musk menawarkan satu kaedah yang disifatkannya ‘sesuai’ untuk menamatkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine iaitu dengan mencabar Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk ‘satu lawan satu’.
Lapor Daily Mail, Musk menerusi ciapan mencabar Putin ‘satu lawan satu’ dengan mengambil kira masa depan Ukraine yang berada pada risiko serius.
“Saya mencabar Putin untuk berlawan secara langsung. Pertaruhannya adalah Ukraine,” katanya.
Dalam ciapan tersebut, Musk menulis nama Putin dan Ukraine dalam bahasa Rusia dengan harapan ahar pemimpin itu tidak terlepas pandang cabaran tersebut.
Cabaran itu menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Antaranya, pakar kripto Travladd Crypto yang berasa hairan dengan kenyataan Musk.
“Adakah anda berfikiran waras? Saya mungkin perlukan sedikit apa yang anda minum sebelum ini,” katanya.
Satu lagi akaun GreenTea Monster berpandangan krisis Rusia-Ukraine harus diselesaikan oleh pemimpin terlibat tanpa campur tangan pihak luar.
“Adalah lebih baik sekiranya masalah itu diselesaikan sendiri oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan Putin,” ujarnya.