Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya ‘dikasi’

Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya ‘dikasi’

GENNADIY DRUZENKO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang pemilik hospital lapangan di timur Ukraine mengarahkan para doktornya supaya ‘mengasi tentera Rusia’ yang ditangkap atau mengalami kecederaan.

Keputusan itu dibuat oleh Gennadiy Druzenko selepas Ukraine menolak sekeras-kerasnya untuk menyerah kalah kepada Rusia selepas Moscow menggesa Kyiv meletakkan senjata untuk menamatkan peperangan.

Bercakap kepada agensi berita Ukraine-24, Druzenko berkata, dia sering bertolak ansur kepada musuh sekiranya mereka mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan.

“Jika seseorang itu cedera, saya akan berusaha merawatnya biarpun dia adalah musuh saya.

“Tapi kini, saya berikan arahan tegas kepada para doktor supaya mengasi mana-mana tentera Rusia yang ditangkap dan cedera kerana mereka tidak berhak menjadi manusia,” katanya.

Hospital lapangan Druzenko sudah beroperasi sejak 2014 dan memiliki sekurang-kurangnya 500 doktor termasuk jururawat.

Druzenko yang juga merupakan peguam menubuhkan hospital lapangan itu di zon konflik berhampiran wilayah kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Selain itu, lelaki berusia 49 tahun itu memberi amaran bahawa, jika Rusia masih tidak menghentikan peperangan, tentera Rusia akan ‘mati di bumi Ukraine’.

“Mereka (tentera Rusia) akan mati beramai-ramai. Mereka akan ingat memori pahit di bumi Ukraine,” ujarnya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Siasatan Rusia mula membuka kertas kerja berhubung kenyataan yang dibuat Druzenko dan sekiranya dia ditangkap, lelaki itu boleh didakwa di bawah undang-undang Rusia.

Ketua suruhanjaya tersebut,  Alexander Bastrykin memaklumkan, apa yang dilakukan oleh Druzenko menyalahi etika perubatan.

“Nampaknya Druzenko sengaja melakukan keganasan terhadap tentera Rusia yang ditahan dan hal ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Sehubungan itu, Druzenko kini dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN