China laporkan kes selesema burung H5N6 pada manusia

China laporkan kes selesema burung H5N6 pada manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan kes jangkitan selesema burung H5N6 sekali gus menjadikan 17 kes keseluruhan di negara itu.

Kes terbaharu melibatkan wanita berusia 51 tahun dari Nanchang, Negeri Jiangxi selepas mengalami sakit teruk dan disahkan positif wabak itu.

Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, wanita itu mula bergejala sejak 20 Februari lalu selepas terdedah dengan ternakan ayam hidup.

Wanita itu dimasukkan ke hospital tiga hari selepas itu dan berada dalam keadaan kritikal.

Maklumat lanjut mengenai kes itu tidak diumumkan oleh Kerajaan China, kerana pengumuman kes baharu kebiasaannya mengambil tempoh yang panjang.

Minggu lalu, China melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan warga emas lelaki berumur 79 tahun maut akibat virus H5N6 sejak Disember tahun lalu.

Kedua-dua mangsa tinggal di Liuzhou di Guangxi dan pernah mengunjungi pasar yang menjual ayam hidup sebelum jatuh sakit.

Tidak diketahui apakah alasan China mengambil masa selama tiga bulan setengah untuk melaporkan kes tersebut.

Setakat ini, hanya 76 orang disahkan dijangkiti selesema burung H5N6 sejak kes pertama dilaporkan 2014.

Jangkitan kes tersebut mula meningkat sejak tahun lalu.

Tahun ini, sebanyak 17 kes baharu dengan lima kes kematian dilaporkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), selesema burung H5N6 menyebabkan penyakit teruk kepada manusia tidak kira peringkat umur dan membunuh separuh daripada individu yang dijangkiti.

Sehingga kini, tiada kes penularan dari manusia ke manusia disahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya