Bongkah ais sebesar saiz Rom pecah di Antartika

Bongkah ais sebesar saiz Rom pecah di Antartika

RAKAMAN imej satelit menunjukkan kepingan bongkah ais Conger yang pecah di Antartika. -NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTARTIKA: Bongkah ais yang dianggarkan bersaiz keluasan ibu kota Rom didapati runtuh dan pecah sepenuhnya di Antartika Timur dalam tempoh beberapa hari selepas mencatatkan suhu tinggi. 

Lapor The Guardian, data satelit mendapati bongkah ais Conger mempunyai permukaan 1,200 kilometer persegi, pecah 15 Mac lalu. 

Saintis berkata, Antartika Timur merekodkan suhu tinggi luar biasa minggu lalu, apabila suhu meningkat kepada -12 darjah Celcius, bersamaan lebih daripada 40 darjah Celcius iaitu lebih panas daripada biasa, di stesen penyelidikan Concordia.

Rekod suhu tinggi adaalah hasil daripada sungai atmosfera yang memerangkap haba di atas benua itu. 

Bongkah ais adalah sambungan kepingan ais yang terapung di atas lautan dan memainkan peranan penting menghalang ais pedalaman. 

Tanpa bongkah tersebut, ais pedalaman mengalir lebih cepat ke lautan yang mengakibatkan kenaikan paras laut. 

Saintis Bumi dan Planet di Institut Oseanografi Woods Hole, Dr. Catherine Colello Walker berkata, insiden itu merupakan salah satu peristiwa bongkah ais pecah paling ketara sejak awal 2000, walaupun paras ais Conger agak kecil.

“Ia tidak akan mempunyai kesan yang besar, namun, kemungkinan ia adalah petanda mengenai kemungkinan yang akan berlaku,” katanya. 

Walker berkata, bongkah ais Conger mencair sejak pertengahan 2000, tetapi hanya beransur-ansur cair sehingga awal 2020. 

Jelasnya, 4 Mac lalu, bongkah ais itu kehilangan lebih daripada separuh permukaannya berbanding ukuran sekitar 1,200 km persegi, Januari lalu.

Dalam pada itu, Ahli Glasiologi di Universiti Minnesota, Peter Naff berkata, insiden itu adalah satu kejutan walaupun bongkah ais yang kecil pecah. 

“Kami masih menganggap Antartika Timur seperti kiub ais yang besar, tinggi, kering, sejuk dan tidak beralih.

“Pemahaman semasa mencadangkan sebahagian besar tidak akan kehilangan ais dengan cepat disebabkan oleh geometri ais dan batuan dasar di sana,” katanya. 

Data satelit dari misi Copernicus Sentinel-1 menunjukkan pergerakan bongkah ais bermula antara 5 hingga 7 Mac lalu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya