Bill Gates dikecam bekas isteri kerana berkawan dengan 'predator' seks

Bill Gates dikecam bekas isteri kerana berkawan dengan ‘predator’ seks

BILL GATES 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Melinda French Gates semalam mengkritik bekas suaminya, Bill Gates yang pernah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan suspek seksual kanak-kanak, Jeffrey Epstein yang membunuh diri pada 2019 di dalam penjara ketika menunggu perbicaraan.

Menerusi wawancara pertama selepas pasangan itu mengumumkan perceraian pada Mei tahun lalu, French Gates turut memberitahu dia juga pernah berjumpa sekali dengan Epstein dan menyesali tindakannya.

“Saya ingin tahu siapa lelaki ini dan saya menyesali tindakan saya sebaik sahaja saya berjumpa dengannya.

“Epstein merupakan seorang lelaki yang menjijikkan dan bersifat jahat,” katanya sambil tidak mendedahkan jika beliau pernah menyuruh suaminya berhenti daripada berjumpa dengan lelaki berkenaan.

Katanya, hanya Bill boleh menjawab apa hubungannya dengan Epstein.

Ketika ditanya wartawan CBS sekiranya hubungan suaminya dengan Epstein memainkan peranan dalam perceraian mereka, French Gates menyatakan perkara itu antara ‘penyumbang’ kepada perpisahan mereka.

Pada Mac 2020, Bill pernah disiasat selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang kakitangan syarikatnya selama beberapa tahun.

Bill yang mengasaskan Microsoft pada 1975 dan dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$129 bilion (RM539 bilion) meletak jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif syarikat itu pada 2000 bagi memberi fokus kepada yayasannya.

Epstein dilaporkan menggantung diri ketika ditahan dalam penjara di Manhattan pada Ogos 2019 ketika menunggu perbicaraan bagi kesalahan melakukan ekspolitasi seks kepada gadis bawah umur.

Epstein juga didakwa mempunyai hubungan dengan ramai individu berpengaruh termasuk Donald Trump, Bill Clinton dan kerabat diraja Britain, Putera Andrew. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya