Biden tersasul sebut rakyat Iran yang diserang Rusia - Utusan Malaysia

Biden tersasul sebut rakyat Iran yang diserang Rusia

JOE Biden memberi ucapan di Kongres AS di bangunan Capitol di Washington. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tersasul ketika berucap mengenai krisis yang berlaku di Ukraine ketika ini apabila beliau menyebut rakyat Ukraine sebagai penduduk Iran.

Biden, 79, yang merupakan presiden tertua pernah dilantik di AS berucap penuh lantang mengutuk tindakan Rusia yang menyerang Ukraine.

“Presiden Vladimir Putin mungkin mengepung Kyiv dengan semua aset tenteranya, namun beliau sesekali tidak akan dapat menawan hati dan jiwa rakyat Iran,” kata Biden.

Sejurus beliau menyebut perkataan Iran, Naib Presiden Kamala Harris dapat dilihat dari belakang cuba memperbetulkan ucapan Biden dengan membuat gerakan mulut menyebut Ukraine.

Kesilapan Biden itu segera mendapat perhatian pelbagai pihak dan menerusi media sosial, masyarakat menyindir pemimpin tersebut.

“Kenapa beliau kaitkan rakyat Iran dengan perang di Ukraine? Adakah anda sedar apa yang anda katakan?” Tulis seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna media sosial menyifatkan Biden sudah terlalu tua sehingga tidak menyedari percakapannya.

Malah, ada juga yang cuba berfikiran positif apabila menyatakan Biden tidak mahu perkara sama (serangan Rusia) berlaku di Iran.

Selain itu, bekas penasihat Donald Trump menyifatkan Biden sebagai presiden nyanyuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya