Bebas Botox, Mangiah Gufran dinobat unta tercantik di Qatar

Bebas Botox, Mangiah Gufran dinobat unta tercantik di Qatar

MANGIAH GHUFRAN dinobatkan sebagai unta tercantik semasa Festival Unta Qatar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Seekor unta terpaksa menjalani ujian sinar-X bagi membuktikan haiwan itu tidak pernah menjalani sebarang pembedahan kosmetik susulan timbul dakwaan penggunaan Botox. 

Lapor Daily Mail, Mangiah Ghufran akhirnya dinobatkan sebagai unta paling cantik di Qatar dengan membawa pulang sejuta riyal (RM1.11 juta) semasa Festival Unta Qatar yang berlangsung Selasa lalu, di bandar Al-Shahaniya. 

Pemilik unta itu, Fahed Farj Al-Ghufrani memberitahu dia mengambil masa selama bertahun-tahun bagi melakukan persediaan menyertai pertandingan tersebut. 

Ketua Penganjur Festival, Hamad Jaber Al-Athba berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terperinci dengan semua penyertaan perlu menjalani ujian sinar-X dan prosedur lain. 

“Kami mempunyai veterinar profesional dan peralatan canggih bagi mengesan sebarang penggunaan bahan kosmetik. 

“Rasuah diperangi secara serius semasa festival ini berlangsung,” jelasnya. 

Hamad berkata, pemilihan pemenang berdasarkan ‘saiz dan kecantikan’ kepala, panjang leher dan kedudukan bonggol unta. 

Festival sebelum ini hanya membenarkan unta tempatan di Qatar sahaja bagi menyertai pertandingan. 

Namun, tahun ini pihak penganjur membenarkan unta dari seluruh teluk Arab menyertainya seperti baka dari Kuwait, Arab Saudi dan UAE. 

Disember lalu, sebanyak 43 unta disingkirkan daripada pertandingan selepas didapati menggunakan suntikan Botox, penyeri muka dan hormon penggalak otot untuk menjadikan bibir lebih mungil dan bonggol lebih terbentuk. 

Prosedur itu sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan unta mengalami kecederaan serius dan masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya