AS rugi RM33.5 bilion akibat penipuan bantuan Covid-19

AS rugi RM33.5 bilion akibat penipuan bantuan Covid-19

PEGUAM Negara Amerika Syarikat, Merrick Garland (kiri) dan ketua pendakwa raya bagi kes penipuan bantuan Covid-19, Kevin Chambers (kiri) di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) melantik ketua pendakwa raya semalam bagi membendung skandal penipuan bantuan Covid-19 yang ketika ini dianggarkan merugikan negara ini lebih AS$8 bilion (RM33.5 bilion).

Presiden Joe Biden menyambut baik pelantikan tersebut dan menegaskan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan penipuan itu akan dikenakan tindakan undang-undang tegas.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, lebih 1,000 defendan dikenakan pendakwaan melibatkan kerugian melebihi AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion).

Selain itu, lebih 240 penyiasatan sivil dilakukan terhadap lebih 1,800 individu dan entiti atas dakwaan salah laku melibatkan bantuan Covid-19 yang mencecah jumlah keseluruhan lebih AS$6 bilion (RM25 bilion).

Agensi penguatkuasa undang-undang persekutuan turut merampas lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) menerusi Pinjaman Bencana Ekonomi yang diperolehi secara haram.

Individu yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya itu adalah Kevin Chambers yang merupakan timbalan peguam negara.

“Jabatan Kehakiman akan terus komited untuk menggunakan semua saluran persekutuan yang ada, termasuk jenayah, sivil dan tindakan pentadbiran untuk membendung penipuan bantuan Covid-19,” kata Peguam Negara AS, Merrick Garland.

Terdahulu, Kongres memperuntukkan bantuan berjumlah trilion dolar kepada rakyat negara ini yang terjejas kerana pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya