AS putuskan Myanmar lakukan genosid Rohingya

AS putuskan Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya

GAMBAR fail menunjukkan pelarian Rohingya menyeberangi sungai Naf dari Myanmar untuk ke Bangladesh pada 2017. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memutuskan keganasan tentera Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya sama seperti penghapusan etnik dan jenayah kemanusiaan.

Ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine sejak 2017 selepas operasi ketenteraan Myanmar.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken secara rasmi mengumumkan penetapan itu dalam ucapannya ketika melawat pameran ‘Laluan Burma Menuju Genosid’ di Muzium Holocaust, di sini semalam.

Ketika mengunjungi Malaysia pada Disember lalu, Blinken memaklumkan AS ‘sangat aktif’ meneliti sama ada layanan dan tindakan terhadap Rohingya boleh ditakrif sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’.

Dianggarkan 850,000 pelarian Rohingya berkampung di beberapa kem pelarian di Bangladesh, manakala 600,000 lagi kekal di Rakhine di barat daya Myanmar.

Kerajaan AS sebelum ini mengenakan beberapa sekatan terhadap barisan kepemimpinan Myanmar bagi menekan negara tersebut.

Kes yang dibuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentang Myanmar pada 2019 itu bagaimana menjadi rumit selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa pada tahun lalu, menyaksikan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan.

Suu Kyi sebelum ini dikritik hebat kerana didakwa hanya berdiam diri mengenai Rohingya, namun pelbagai pihak menyatakan pemimpin itu terpaksa mengambil pendekatan berkenaan kerana bimbang akan keselamatannya yang dikawal junta.

Ketika ini, beliau dikenakan tahanan rumah dan berdepan dengan beberapa pendakwaan termasuk rasuah dan melanggar peraturan Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya