AS perlu iktiraf Taiwan sebagai negara bebas dan berdaulat - Utusan Malaysia

AS perlu iktiraf Taiwan sebagai negara bebas dan berdaulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Amerika Syarikat (AS) perlu mengiktiraf Taiwan sebagai ‘negara yang bebas dan berdaulat’ secara diplomatik.

Perkara itu disampaikan oleh bekas Setiausaha negara AS, Mike Pompeo dalam ucapannya ketika melawat negara ini.

Pompeo berkata, biarpun Washington perlu berkomunikasi dengan Beijing sebagai kerajaan berdaulat, tawaran pengiktirafan diplomatik kepada Taipei ‘tidak boleh dilupakan, dielak atau diluhat sebagai perkara kedua’.

“Saya berpandangan, kerajaan AS perlu segera mengambil langkah yang sudah lama ditunggu-tunggu, iaitu menawarkan Taiwan pengiktirafan diplomatik AS sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat,” katanya.

Washington kekal sebagai sekutu paling penting bagi Taiwan dan pembekal senjata utama, biarpun mengubah pengiktirafan diplomatik kepada Beijing pada 1979.

Namun, Pompeo menegaskan langkah itu ‘bukan menjurus pada kemerdekaan Taiwan pada masa depan, namun ia mengenai mengiktiraf realiti yang sudah sedia ada’. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya