AS guna senjata biologi serang Rusia di Ukraine?

AS guna senjata biologi serang Rusia di Ukraine?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Washington didakwa mempunyai sebanyak 26 makmal biologi di Ukraine dan akan menggunakan serangan senjata biologi pada bila-bila masa terhadap Rusia.

Susulan itu, China meminta Washington mengeluarkan ‘maklumat terperinci secepat mungkin’ berhubung dakwaan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat sendiri, negara itu mempunyai 26 makmal biologi dan fasiliti lain berkaitan di Ukraine.

“Sudah pasti ia menarik tumpuan besar terhadap makmal tersebut.

“Semua virus berbahaya di Ukraine disimpan dalam makmal tersebut dan segala aktiviti kajian diketuai oleh pegawai AS. Sebarang maklumat tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran pihak AS,” katanya dalam sidang akhbar di Beijing.

Dakwaan sama turut dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia Ahad lalu, yang mengatakan terdapat ‘bukti program biologi ketenteraan yang dibiayai AS dibangunkan di Ukraine.

Moscow menegaskan makmal tersebut terbongkar semasa ‘operasi khas Rusia di negara itu’.

Beliau mendakwa Pentagon mempunyai ‘kawalan sepenuhnya’ terhadap makmal tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya