AS cadang Turki hantar sistem peluru berpandu buatan Rusia ke Ukraine

AS cadang Turki hantar sistem peluru berpandu buatan Rusia ke Ukraine

SEBAHAGIAN daripada sistem pertahanan peluru berpandu S-400 buatan Rusia yang tiba di Ankara, Turki pada Julai 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) secara tidak rasmi dimaklumkan bahawa Turki kemungkinan tidak akan menghantar sistem peluru berpandu buatan Rusia S-400 miliknya ke Ukraine bagi membantu negara itu menentang kemaraan Moscow.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden sebelum ini meminta mana-mana sekutunya yang menggunakan sistem dan peralatan pertahanan buatan Rusia, termasuk peluru berpandu S-300 dan S-400 untuk menghantarnya ke Ukraine bagi menentang pencerobohan Rusia sejak 24 Februari lalu.

Penganalisis politik menyatakan, idea tersebut yang pasti akan ditolak Turki merupakan sebahagian daripada perbincangan meluas antara Timbalan Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman dengan pegawai Turki ketika beliau mengunjungi negara itu pada awal bulan ini.

Setakat ini, pihak berkuasa Turki tidak memberi sebarang kenyataan atau usul mengenai cadangan AS.

Kementerian Luar Turki juga enggan memberi maklum balas berhubung perkara tersebut.

Hubungan Turki dan AS sebelum ini tegang selepas Washington berulang kali mendesak Ankara supaya tidak menggunakan sistem peluru berpandu buatan Rusia sejak Julai 2019.

Keengganan Turki mematuhi arahan AS menyebabkan Washington mengenakan sekatan terhadap industri pertahanan Ankara dan mengeluarkan Turki daripada program jet pejuang F-35.

Ankara menegaskan keputusannya untuk membeli sistem pertahanan dari Rusia adalah kerana sekutunya tidak menghasilkan senjata yang memuaskan hati.

Gesaan AS supaya Turki menghantar sistem pertahanan buatan Rusia ke Ukraine juga merupakan satu daripada usaha negara ini untuk membantu melindungi ruang udara Ukraine, seperti yang dirayu oleh presidennya, Volodymyr Zelensky.

Turki sebelum ini mengutuk serangan Rusia di Ukraine dan pada masa yang sama tidak bersetuju dengan sekatan yang dikenakan terhadap Moscow.

Ankara berusaha untuk tidak ‘menimbulkan kemarahan Rusia’ kerana Turki mempunyai kerjasama rapat dengan Moscow dalam sektor pelancongan, tenaga dan pertahanan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya