Arab Saudi lancar program iftar di 34 negara

Arab Saudi lancar program iftar di 34 negara

RAKYAT Palestin menunggu giliran mendapatkan semangkuk sup semasa bulan Ramadan di Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi melancarkan program berbuka puasa atau iftar di 34 negara yang dijangka memberi manfaat kepada 1.2 juta umat Islam di seluruh dunia. 

Lapor Arab News, Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh berkata, program itu bertujuan membekalkan hidangan berbuka puasa kepada umat Islam semasa bulan Ramadan yang dijangka disambut 2 April depan. 

 “Kita sudah membuat penyelarasan dengan kedutaan Arab Saudi dan Pusat Islam kementerian bagi mengaturkan pelaksanaan program di seluruh dunia bergantung kepada keperluan dan permintaan,” katanya. 

Tahun lalu, beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi hanya mampu menyalurkan sumbangan kepada 16 negara disebabkan protokol kesihatan dan sekatan Covid-19. 

Dalam perkembangan sama, Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman akan mengedarkan sebanyak 156,993 bakul makanan ke 19 negara semasa bulan Ramadan. 

Penyelia Am, Dr. Abdullah Al-Rabeeah berkata, pihaknya menerima peruntukan 37 juta riyal (RM41.5 juta) menerusi inisiatif Etaam, Ahad lalu.

Jelasnya, projek itu menyasarkan seramai 901,463 penerima. 

“Projek ini merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan berterusan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk penduduk dunia yang hidup melarat.

“Kami juga akan memberikan bantuan makanan dan meningkatkan gaya hidup kepada golongan yang memerlukan di beberapa negara,” jelasnya. 

Menurut Dr. Abdullah, kesungguhan kerajaan memberikan bantuan berjaya menempatkan Arab Saudi dalam kedudukan ketiga menyediakan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. 

Katanya, sejak KSrelief ditubuhkan Mei 2015, badan itu melancarkan lebih 1,920 projek dalam sektor penting di 79 negara dengan membelanjakan lebih 5.6 bilion riyal (RM6.3 bilion).  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya