Angkasawan AS tidak ditinggalkan di ISS - Utusan Malaysia

Angkasawan AS tidak ditinggalkan di ISS

MARK Vande Hei dijangka pulang dari Stesen Angkasa Antarabangsa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tiga angkasawan termasuk seorang angkasawan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dijangka pulang hari ini.

Lapor Daily Mail, Mark Vande Hei bersama dua angkasawan Rusia akan pulang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua angkasawan iaitu Vande Hei dan Pyotr Dubrov menghabiskan masa selama 355 hari di balai cerap di orbit selepas berlepas ke angkasa lepas, 5 April tahun lalu.

Sepanjang misi tersebut, Vande Hei berjaya memecahkan rekod penerbangan kapal angkasa tunggal paling lama yang dicatatkan angkasawan warga Amerika.

Vande Hei dan Dubrov akan pulang bersama angkasawan Anton Shkaplerov.

Shkaplerov menaiki kapal angkasa Soyuz pada 5 Oktober tahun lalu.

Vande Hei, Shkaplerov dan Dubrov akan berlepas dari modul Rassvet sebelum kapal angkasa Soyuz mendarat dengan bantuan payung terjun di sebuah kawasan di Kazakhstan, tenggara bandar Dzhezkazgan.

Sebelum ini, ketua agensi angkasa Rusia, Roscosmos, Dmitry Rogozin mengancam untuk meninggalkan angkasawan warga Amerika Syarikat (AS) itu di angkasa lepas.

Malah, Rusia mengancam untuk menjatuhkan ISS ke bumi sebagai tindak balas AS menyokong Ukraine disebabkan pencerobohan Rusia ke atas negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya