79 juta orang dijangka balik kampung sempena sambutan Aidilfitri  - Utusan Malaysia

79 juta orang dijangka balik kampung sempena sambutan Aidilfitri 

PIHAK kementerian menetapkan syarat penerimaan dos penggalak semasa pulang ke kampung di waktu perayaan.-CNN Indonesia 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy memaklumkan seramai 79 juta penduduk dijangka pulang ke kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Lapor CNN Indonesia, dapatan itu berdasarkan tinjauan Kementerian Pengangkutan yang mendapati bilangan individu yang sudah menerima suntikan kedua vaksin mencecah angka tersebut. 

“Kalau ada yang pulang ke kampung bersama, angka itu juga boleh mencecah 100 juta orang,” katanya. 

Menurut Muhadjir, kelembapan ekonomi semasa musim perayaan tahun lalu dijangka dapat dipulihkan semasa bulan Ramadan kali ini. 

Jelasnya, sekiranya persediaan rapi dilakukan menjelang bulan puasa nanti, sudah pasti ekonomi dapat dipulihkan menjelang musim perayaan.

Di sebalik itu, beliau turut melahirkan kebimbangan sekiranya mudik lebaran itu menjadi momentum menyebabkan peningkatan kes Covid-19. 

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan meramalkan waktu puncak mudik lebaran adalah pada 28 April, sementara waktu puncak orang ramai pulang semula ke Jakarta adalah 8 Mei. 

Pihak kementerian menetapkan penerimaan dos penggalak vaksinasi Covid-19 sebagai syarat pulang ke kampung tahun ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya