LUBUMBASHI: Sekurang-kurangnya 60 maut dalam puluhan lagi cedera dalam insiden kereta api tergelibcir daripada landasan di tenggara Republik Demokratik Congo semalam.
“Jumlah mangsa setakat ini adalah 60 orang melibatkan lelaki, wanita, dan kanak-kanak, manakala 52 mangsa cedera sudah diselamatkan.
“Sejumlah mayat penumpang masih tersepit dalam gerabak yang terjatuh ke dalam gaung,” kata jurucakap syarikat pengendali kereta api SNCC, Manyonga Ndambo.
Katanya, kereta api itu mempunyai sebanyak 15 gerabak, termasuk 12 yang kosong dan ketika kejadian, pengangkutan itu dalam perjalanan dari Luen ke Tenke.
“Kereta api itu tergelincir kira-kira pukul 11.50 malam ketika melalui perkampungan Buyofwe, menyebabkan tujuh gerabak jatuh ke gaung,” katanya.
Sementara itu, media tempatan mmetik gabenor wilayah itu, Fifi Masuka berkata, 60 orang disahkan maut setakat ini dan operasi mencari serta menyelamat giat dilakukan. – AFP