29.3 juta imej penderaan kanak-kanak dibuang dari media sosial

29.3 juta imej penderaan kanak-kanak dibuang dari media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Sebanyak 29.3 juta rekod imej penderaan kanak-kanak didapati dibuang dalam kandungan internet pada 2021.

Lapor The Guardian, data dari organisasi bukan berasaskan keuntungan Amerika Syarikat (AS), Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) mendapati berlaku 35 peratus peningkatan sejak 2020.

Pusat kajian itu menjelaskan pertambahan laporan itu tidak semestinya menimbulkan kebimbangan dan boleh mewakili peningkatan usaha pada bahagian platform media sosial.

“Bilangan laporan lebih tinggi boleh menunjukkan pelbagai perkara termasuk bilangan pengguna yang lebih besar pada platform atau betapa teguhnya usaha penyedia perkhidmatan elektronik (ESP) mengenal pasti dan mengalih keluar kandungan negatif itu,” katanya.

NCMEC memuji ESP yang mengenal pasti dan melaporkan kandungan itu sebagai keutamaan dan menggalakkan semua syarikat meningkatkan pelaporan mereka kepada NCMEC.

Laporan ini penting bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak daripada situasi berbahaya dan menghentikan penganiayaan selanjutnya.

Sebahagian besar laporan yang dibuat kepada NCMEC datang daripada Facebook dengan rekod 22 juta imej penderaan kanak-kanak, Instagram (3.3 juta) dan WhatsApp (1.3 juta).

Google (875,783), Snap (512,522), serta rangkaian sosial dewasa, OnlyFans (2,984), 2021.

Syarikat gergasi teknologi, Apple walaupun menjalankan platform pemesejan dan perkhidmatan perkongsian foto melaporkan hanya 160 imej penderaan kanak-kanak sepanjang tempoh itu.

Ketua Polisi Dalam Talian Keselamatan Kanak-Kanak, Andy Burrows berkata, jumlah laporan penderaan kanak-kanak yang diterima oleh NCMEC tahun lalu, merupakan peringatan tentang skala kesalahan yang berlaku dalam talian serta risiko golongan itu terdedah apabila menggunakan media sosial.

Bagi Ketua Keselamatan Global Meta, Antigone Davis, pihaknya melaporkan begitu banyak kandungan penderaan kanak-kanak kerana bekerja keras mencari dan membuangnya dalam semua platform.

Jelasnya, ia adalah komitmen berterusan bagi melindungi kanak-kanak dalam talian.

Namun, katanya, usaha itu tidak boleh dijalankan bersendirian kerana sudah tiba masanya semua syarikat industri melaburkan lebih banyak dana bagi bekerjasama mencegah kandungan terkutuk.

“Kami telah menyediakan teknologi pengesanan kepada semua syarikat teknologi yang memerlukan pelaburan daripada semua pihak industri,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya