Zionis tidak mengaku lakukan aparteid di Palestin, tuduh agensi kemanusiaan berbohong - Utusan Malaysia

Zionis tidak mengaku lakukan aparteid di Palestin, tuduh agensi kemanusiaan berbohong

PASUKAN keselamatan Israel menahan seorang penduduk Palestin di pintu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel didakwa melakukan jenayah aparteid terhadap penduduk Palestin dan rejim tersebut harus dipertanggungjawabkan kerana menganggap rakyat negara itu sebagai ‘kumpulan kaum yang boleh dipandang rendah dan hina’.

Pendedahan itu dibuat oleh Amnesty International menerusi satu laporan baharu, sekali gus menyertai penilaian kumpulan hak asasi yang lain. 

Laporan setebal 280 muka surat itu memperincikan bagaimana pihak berkuasa Israel menguatkuasakan sistem berbentuk ‘penindasan dan penguasaan’’ terhadap penduduk Palestin.

Siasatan itu menyenaraikan pelbagai penyalahgunaan Israel antaranya rampasan tanah dan harta warga Palestin, pembunuhan menyalahi undang-undang, pemindahan orang secara paksa, sekatan pergerakan ketat serta penafian kewarganegaraan.

“Kesemua bentuk penindasan itu berlaku di bawah dasar aparteid yang jelas merupakan jenayah kemanusiaan,” jelas Amnesty International.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Yair Lapid menolak laporan tersebut dengan menyifatkannya ‘berbeza daripada realiti’.

Beliau turut menuduh Amnesty International melakukan pembohongan yang sama seperti kumpulan kebencian lain dan menuduh  kumpulan hak asasi antarabangsa itu mempunyai agenda antisemitik. 

Sementara itu, Pengerusi Pemantau Hak Asasi Euro-Med, Ramy Abdu berkata, Israel selama ini sering menuduh pihak yang lantang mengkritik pencabulan hak asasi manusia sebagai antisemitik tanpa menyedari merekalah sebenarnya yang menindas. 

“Istilah anti-semitisme yang kerap digunakan oleh Israel terbukti hanya sebagai alat proaktif untuk tujuan menakutkan aktivis, pengkritik dan organisasi,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya