Zelensky desak EU jadikan Ukraine sebagai negara anggota - Utusan Malaysia

Zelensky desak EU jadikan Ukraine sebagai negara anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Kesatuan Eropah (EU) menjadikan negara ini sebagai negara anggota blok tersebut.

“Kami memohon kepada EU supaya menjadikan Ukraine sebagai negara anggota,” kata pemimpin berusia 44 tahun itu menerusi rakaman video baharu.

Katanya, matlamat menjadi negara anggota itu adalah untuk bersatu dengan Eropah dan menjadi ‘lebih adil’.

“Ukranie sudah tunjukkan kepada dunia siapa kami dan Rusia juga sudah tunjukkan kepada dunia siapa mereka.

“Penyatuan Ukraine sebagai negara anggota EU akan menjadikan blok Eropah lebih seimbang dan adil,” ujarnya.

Zelensky turut mengecam serangan Rusia sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak sejak hari pertama peperangan meletus.

Ketika ini, delegasi Rusia dan Ukraine sedang mengadakan rundingan di Belarus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya