Wanita di Kanada tersalah hubungi polis di UK untuk minta bantuan - Utusan Malaysia

Wanita di Kanada tersalah hubungi polis di UK untuk minta bantuan

IBU pejabat polis Durham Constabulary di UK. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DURHAM: Pihak polis di England berjaya menyelamatkan seorang wanita Kanada biarpun dia tersalah menghubungi pihak berkuasa di bandar Durham. 

Lapor New York Daily News, mangsa yang tinggal di Durham, Ontario menghubungi polis di Durham, United Kingdom (UK) selepas seorang lelaki memecah masuk rumahnya. 

Lokasi balai polis itu terletak sejauh 4,800 kilometer dari lokasi rumahnya.  

“Saya perlukan bantuan, dia (suspek) akan datang dan sudah berada dalam rumah,” tulis mangsa menerusi kemudahan kecemasan perbualan langsung dalam talian. 

Polis UK kemudiannya menyedari wanita tersebut sebenarnya membuat panggilan dari Kanada. 

Anggota penyelamat itu kemudian menghubungi polis Durham di Ontario  dan anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian 30 minit selepas itu.

Seorang lelaki berusia 35 tahun yang berada di dalam rumah tersebut berjaya ditangkap dan didakwa atas kesalahan pecah rumah, menyerang, mengurung secara paksa dan mengingkari perintah mahkamah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya