UNSC adakah mesyuarat tergempar bincang krisis Ukraine, Rusia

UNSC adakah mesyuarat tergempar bincang krisis Ukraine, Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keputusan Rusia yang mengiktiraf dua wilayah di timur Ukraine sebagai ‘republik merdeka’.

Lapor agensi berita Anadolu, pertemuan itu berlangsung atas permintaan Ukraine, beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan pengiktirafan tersebut.

Setiausaha Agung PBB Bagi Hal Ehwal Politik, Rosemary DiCarlo menzahirkan kekecewaan berhubung tindakan Rusia dan menyifatkannya boleh memberi kesan terhadap semua pihak.

Katanya, rundingan diplomatik merupakan satu-satunya cara untuk mencari jalan penyelesaian terbaik antara dua pihak yang dalam krisis, sambil merujuk kepada Ukraine dan Rusia.

“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku dan sebolehnya, kami mahu selesaikan isu ini tanpa sebarang tindakan agresif dari kedua-dua pihak,” katanya.

Tindakan Rusia itu turut mendapat kecaman daripada negara Barat.

Dalam pada itu, Putin menegaskan tindakan tersebut sebagai ‘langkah pengaman’ sekiranya Ukraine mengerahkan tenteranya untuk melancarkan kekerasan di dua wilayah berkenaan.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menuduh Putin mahu ‘dunia kembali ke masa lampau sebelum penubuhan UNSC, ketika empayar memerintah dunia’.

Beliau menegaskan, AS akan mengambil langkah selanjutnya demi memastikan Rusia bertanggungjawab atas ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa dan mencemari kedaulatan serta integriti wilayah Ukraine’.

Antara negara anggota lain yang hadir dalam mesyuarat itu termasuk United Kingdom, Perancis, India, Brazil, Mexico, Ireland, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kenya, Ghana, Gabon, Norway, China, Rusia dan Ukraine. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya