Umat Islam masih dilarang masuk AS - Utusan Malaysia

Umat Islam masih dilarang masuk AS

ORANG ramai mengambil bahagian dalam protes sebagai tanda solidariti kepada penduduk Islam AS di Times Square, New York, 2017.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS), peguam bela hak asasi manusia dan pakar imigresen kecewa apabila dasar menghalang kemasukan orang Islam dari beberapa negara masih meninggalkan kesan berlarutan sehingga hari ini.

Lapor Al Jazeera, di sebalik keputusan Presiden AS, Joe Biden untuk membatalkan larangan tersebut pada hari pertama beliau memegang jawatan tahun lalu, dasar tersebut dilihat masih menghalang rakyat AS yang terpisah jauh dengan ahli keluarga mereka.

Mac lalu, Jabatan Negara AS berkata, pemohon yang dinafikan kemasukan semasa bagi tahun fiskal 2017 hingga 2020 akibat larangan itu, perlu memohon semula ke program tersebut walaupun peluang untuk dipilih semula adalah sangat tipis.

Ahmad, 33, yang berasal dari Syria pernah menerima visa ke AS, pada Mei 2018, selepas percubaan kali ketiga memohon Program Visa Kepelbagaian.

Dia bagaikan tidak percaya dengan peluang sekali dalam seumur hidup itu.

Lelaki itu meninggalkan negara yang dilanda perang pada Julai 2019 ke Jordan bagi melakukan ujian perubatan dan temuduga di kedutaan AS sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.

Bagaimanapun, sehingga sekarang dia belum menerima sebarang khabar berita mengenai permohonan tersebut.

“Kami dilayan secara tidak adil. Saya sama seperti orang lain kerana mempunyai hak untuk mengembara dan mendapatkan masa depan yang lebih baik.

“Saya berasa terlalu marah kerana bayaran permohonan visa termasuk kos perjalanan dan belanja perubatan sama dengan gaji setahun,” katanya.

Lima tahun lalu, Bekas Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan dasar menghalang kemasukan ribuan penduduk dari beberapa negara majoriti Islam.

Arahan itu menyebabkan ratusan pelancong kecewa apabila visa mereka dibatalkan, ditahan dan dihantar pulang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya