Ukraine ubah papan tanda jalan untuk kelirukan tentera Rusia - Utusan Malaysia

Ukraine ubah papan tanda jalan untuk kelirukan tentera Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina dan mengemas kini jalan raya di Ukraine memaklumkan pihaknya menukar semua nama papan tanda jalan yang mungkin digunakan tentera Rusia untuk navigasi.

Ukravtodor menerusi Facebook memaklumkan, tentera Rusia mempunyai komunikasi yang teruk dan tidak mampu merancang pergerakan yang berkesan.

“Sehubungan itu, kami akan tukar semua papan tanda jalan bagi mengelirukan tentera Rusia.

“Mereka tidak mempunyai sistem komunikasi yang baik, maka adalah ‘bagus untuk kami membantu mereka,” kata syarikat itu.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, syarikat itu menunjukkan papan tanda yang ditukar dengan kata-kata kesat.

Dalam pada itu, Ukraine akan menubuhkan ‘tentera internet’ untuk membanteras serangan siber oleh Rusia.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov berkata, pihak berkuasa negara ini meminta kumpulan penggodam untuk membantu melindungi infrastruktur kritikal Ukraine.

Selain itu, golongan tersebut juga diminta memantau pergerakan tentera Rusia di seluruh negara.

“Kami akan menubuhkan pasukan tentera internet bagi menangkis serangan siber Rusia.

“Ketika ini, semua pihak di Ukraine mempunyai peranan masing-masing bagi mempertahankan tanah air,” kata Fedorov. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya