KYIV: Ukraine menuntut Rusia melakukan gencatan senjata serta-merta dan mengundurkan pasukan tenteranya dari negara ini.
Perkara itu disuarakan ketika delegasi Ukraine dan Rusia mengadakan rundingan buat pertama kali sejak Moscow menyerang Kyiv pada Khamis lalu.
“Kami menuntut supaya Rusia melaksanakan gencatan senjata serta keluar dari Ukraine serta-merta,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Ukraine.
Volodymyr Zelensky dalam satu kenyataan berasingan mendesak tentera Rusia meletakkan senjata dan meninggalkan medann perang bagi ‘menyelamatkan diri mereka’.
Pemimpin itu juga mendakwa, Ukraine berjaya menewaskan lebih 4,500 tentera Rusia. – AFP