Tulang manusia zaman purba masih utuh ditemukan di Sungai Thames

Tulang manusia purba ditemukan di Sungai Thames

SIMON Hunt menemukan tulang paha manusia di sungai Thames. - BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebahagian tulang manusia dipercayai berusia kira-kira 5,000 tahun ditemukan di sepanjang Sungai Thames di London.

Lapor Daily Mail, pereka grafik, Simon Hunt menemukan bahagian tulang paha manusia itu ketika mendayung di Sungai Thames pada waktu pagi.  

Pada hari penemuan, Hunt menerangkan bagaimana dia mengendalikan tulang manusia purba itu.

“Saya mengambil dan membungkus tulang manusia itu dengan menggunakan beg plastik sebelum mendayung menyusuri sungai untuk menunjukkan kepada isteri di rumah,” katanya. 

Hunt segera melaporkan kejadian itu kepada polis termasuk memaklumkan lokasi penemuan tulang manusia berkenaan.  

Selepas penemuan itu, polis menghantar tulang manusia tersebut ke makmal untuk dikaji sebelum membenarkan Hunt mengambil semula beberapa bulan kemudian. 

Hunt kini merancang untuk menghantar tulang manusia itu ke Muzium London di Barbican. 

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati tulang manusia itu berasal dari akhir Zaman Batu, sekali gus lebih berusia dari Stonehenge dan Piramid Giza di Mesir.

Malah, menurut ahli arkeologi, tulang manusia itu milik seorang individu yang hidup pada era Neolitik akhir British antara 3516 dan 3365 sebelum masihi. 

Individu yang tidak dinyatakan jantinanya itu dianggarkan mempunyai ketinggian 170 sentimeter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya