WASHINGTON: Dua anggota polis yang berkawal di kampus sebuah kolej di Virginia maut ditembak, manakala seorang pelajar terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Minnesota pada hari yang sama.
Polis Virginia dalam satu kenyataan memaklumkan, dua anggota polis itu mati ditembak sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.
Susulan kejadian itu, polis dikerahkan ke Kolej Bridgewater pada pukul 1.20 petang waktu tempatan.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Alexander Wyatt Campbell, 27, kemudiannya ditahan dan dimaklumkan lelaki itu mempunyai luka tembakan yang tidak kritikal.
Tidak dapat dipastikan sama ada luka tembakan itu disebabkan oleh polis mahupun kecederaan sendiri.
Dua anggota polis itu dikenal pasti sebagai John Painter dan J. J. Jefferson.
Dalam pada itu, insiden tembakan juga dilaporkan berlaku di pekan Richfield di Minnesota, menyaksikan seorang pelajar maut.
Polis memaklumkan, penyerang melepaskan tembakan ke arah pelajar di Pusat Pendidikan South sebelum melarikan diri menggunakan kereta.
Polis kemudiannya berjaya menahan dua suspek. – AFP