Thailand lancar restoran makanan bajet, hidangan nasi serendah RM2.50 - Utusan Malaysia

Thailand lancar restoran makanan bajet, hidangan nasi serendah RM2.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang menteri dan bekas ahli Parlimen Thailand melandarkan restoran yang menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sreeon dan bekas Ahli Parlimen Bangkok, Chanin Rungsang memulakan program itu untuk penduduk di Suan Prok di daerah Bang Phlat, Bangkok.

Jelas Chanin, nasi dengan kuah kari merupakan makanan penting bagi penduduk bandar dan harga yang ditetapkan mencerminkan keadaan ekonomi semasa Thailand.

“Sehubungan itu, kami kurangkan kos pengeluaran pengusaha restoran untuk gas, bahan mentah dan penghantaran bagi membolehkan harga hidangan nasi serta kari itu dapat dikurangkan kepada 20 baht.

“Sekurang-kurangnya satu restoran yang tawarkan harga makanan serendah 20 baht akan diwujudkan di setiap kejiranan,” katanya seperti yang dilaporkan Nation Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya