Tentera Ukraine, Rusia saling berbalas serangan - Utusan Malaysia

Tentera Ukraine, Rusia saling berbalas serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan tentera Ukraine dan Rusia dilaporkan saling berbalas serangan di kawasan sempadan utara negara ini dengan Rusia dan Belarus.

Pasukan tentera sempadan Ukraine memaklumkan, Rusia melancarkan serangan bertalu-talu ke arah mereka menyebabkan serangan balas dilakukan.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine pula memaklumkan, pekan Shchastya yang dikuasai kerajaan negara ini berjaya ditawan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Keadaan bertukar huru-hara selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan di timur Ukraine bagi melindungi kumpulan pemisah yang menyokongnya.

Putin menegaskan, tindakan itu dibuat selepas kumpulan pemisah pro-Rusia meminta bantuan Kremlin berdepan dengan tentangan oleh tentera Ukraine. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya