TEXAS: Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan tentera udara negara ini membayar ganti rugi berjumlah lebih AS$230 juta (RM963 juta) kepada mangsa terselamat dan anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di sebuah gereja di Texas.
Dalam insiden yang berlaku di Gereja First Baptist dekat Sutherland Springs, Texas pada 2017 itu, seramai 26 orang maut dan 22 cedera.
Hakim Xavier Rodriguez memutuskan perkara itu tujuh bulan selepas mendapati pasukan Tentera Udara AS gagal melaporkan mengenai rekod jenayah lampau suspek ketika dia membeli senjata api.
Suspek yang dikenali sebagai Devin Patrick Kelley mempunyai sejarah melakukan penderaan domestik dan masalah kesihatan mental ditemukan mati selepas menembak dirinya susulan insiden itu.
“Kehilangan dan kesakitan yang ditanggung keluarga mangsa tidak ternilai,” menurut Rodriguez.
Pada 2012, Kelley mengaku di mahkamah membeli senjata api walaupun tidak mempunyai kebenaran kerana mempunyai rekod jenayah lampau.
Namun, Tnetera Udara AS gagal memasukkan pengakuan itu dalam pengkalan data yang digunakan untuk pemeriksaan maklumat latar belakang. – AFP