Tempoh kempen Pemilu 2024 disingkatkan empat bulan - Utusan Malaysia

Tempoh kempen Pemilu 2024 disingkatkan empat bulan

PENYOKONG Jokowi membawa bendera gergasi Indonesia sempena pentadbiran beliau memasuki penggal kedua di Jakarta, 2019.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Ilham Saputra memberi jaminan tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia 2024 akan berlangsung selama 120 hari atau empat bulan sahaja.

Lapor Kompas.com, Pemilu tersebut akan berlangsung lebih pendek berbanding tempoh 15 minggu pada 2014 dan enam bulan, 2019.

Pengumuman itu dibuat susulan mendapat permintaan daripada beberapa parti politik yang mahu tempoh kempen Pemilu dipendekkan.

“Undang-Undang Nombor 7/2017 berhubung pilihan raya tidak memperuntukkan sebarang peraturan khas mengenai tempoh berkempen.

“Oleh itu, ketetapan tempoh berkempen adalah menjadi hak pengendali pilihan raya,” katanya.

Cadangan memendekkan tempoh berkempen itu selari dengan pandemik Covid-19 yang belum berakhir sekali gus mengelakkan sebarang lonjakan kes berlaku.

Bagaimanapun, Ilham berkata, terdapat beberapa peringkat yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan tempoh berkempen.

Jelasnya, dua proses itu melibatkan Mahkamah Pentadbiran Pilihan Raya dan proses persediaan logistik.

Berhubung soal pertikaian penamaan calon, Ilham berkata, isu tersebut kebiasaannya akan diselesaikan oleh parti politik yang bertanding atau calon berkaitan kepada Badan Pemantau Pilihan Raya (Bawaslu) dan Mahkamah Pentadbiran selepas penentuan senarai calon tetap oleh KPU.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya