Tangan prostetik tertua dipamerkan di United Kingdom

Tangan prostetik tertua dipamerkan di United Kingdom

united kingdom
TANGAN prostetik dipercayai paling tertua di Eropah akan dipamerkan sempena pameran ‘World of Stonehenge’ – INSTITUT PAUL SCHERRER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tangan prostetik yang dihasilkan kira-kira 3,500 tahun lalu dan dipercayai paling tua di Eropah, bakal dipamerkan buat pertama kali di United Kingdom (UK), minggu ini.

Lapor Daily Mail, artifak itu akan dipaparkan pada pameran World of Stonehenge di Muzium British.

Sebelum ini, tangan prostetik itu hanya dipamerkan sekali dengan membuat penampilan ringkas di Jerman.

Artifak yang berkemungkinan berfungsi sebagai pisau, ditemukan di barat Switzerland pada 2017.

Artifak yang berasal antara 1,500 dan 1,400 sebelum masihi (SM) itu, dibuat dari gangsa dengan rangkai manset disaluti emas.

Ahli pengesan menemukan artifak itu tertanam di dalam kubur manusia berhampiran Tasik Biel, bersama barang perhiasan rambut, keris gangsa dan pin jubah.

Sementara itu, kurator Muzium British, Neil Wilkin berpandangan artifak yang ditemukan itu kemungkinan besar digunakan sebagai tangan prostetik.

“Beberapa pakar mempertikaikan perkara ini disebabkan keadaan mayat yang terlalu reput menyukarkan untuk mengesahkan ia sesuai dengan individu itu.

“Ia merupakan artifak yang sangat menakjubkan dan saya tidak pernah melihat perkara seperti ini,” katanya kepada The Telegraph.

Menurut Wilkin, tangan prostetik itu juga mungkin berfungsi sebagai senjata kerana mempunyai jari yang tajam.

“Teori alternatif adalah ia mungkin merupakan bekas minuman yang diilhamkan oleh budaya Mesopotamia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya