Sukarelawan gali tanah guna tangan selama 3 hari untuk selamatkan Rayan - Utusan Malaysia

Sukarelawan gali tanah guna tangan selama 3 hari untuk selamatkan Rayan

BWA Sahraoui menerima pujian kerana menggali tanah dengan hanya menggunakan tangannya selama tiga hari. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Seorang lelaki yang membantu misi menyelamatkan kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi, diangkat sebagai ‘wira’.

Rayan Oram terjatuh ke dalam perigi itu ketika bermain di luar rumahnya di kampung Ighran, wilayah Chefchaouen, utara Maghribi.  

Lapor Daily Mail, Bwa Sahraoui menerima pujian kerana sanggup menggali tanah dengan hanya menggunakan tangannya selama tiga hari.

Bwa bertungkus lumus menggali tanah dengan harapan dapat menyelamatkan Rayan yang terperangkap dalam lubang perigi itu.  

Namun, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan meninggal dunia sebelum berjaya dikeluarkan.

Seorang pengguna Twitter kagum dengan usaha lelaki itu yang tidak berputus asa menyelamatkan Rayan.  

“Lebih 20 jam, dia menggali tanah tanpa penat untuk mengeluarkan Rayan. Saya tabik hormat kepada lelaki itu,” katanya.       

Seorang lagi pengguna laman media sosial berharap Tuhan memberikan ganjaran terbaik kepada Bwa.

“Dia melakukan kerja yang luar biasa, bukan mudah menggali tanah menggunakan tangan. Semoga Tuhan membalas dengan ganjaran syurga buatmu,” katanya.

Pengguna media sosial lain pula menyifatkan Bwa merupakan hero sebenar dalam insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya