Suami isteri didakwa penggubahan wang haram RM18.8b bitcoin - Utusan Malaysia

Suami isteri didakwa penggubahan wang haram RM18.8b bitcoin

IIYA Lichtenstein (kiri) dan isterinya, Heather Morgan ditahan atas tuduhan pengubahan wang haram. - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berjaya membongkarkan kecurian
mata wang kripto paling besar, membabitkan rampasan bernilai lebih AS$ 3.6 bilion (RM15.06 bilion) dalam bitcoin yang dikaitkan dengan penggodaman Bitfinex pada 2016.

Susulan itu, pihak berkuasa menahan sepasang suami isteri atas tuduhan pengubahan wang haram.

Pendakwa raya memaklumkan Ilya Lichtenstein dan isterinya, Heather Morgan didapati membelanjakan hasil tidak sah untuk pelbagai barangan terdiri daripada emas hingga kad hadiah Walmart yang bernilai AS$500 (RM2,093).

Pasangan itu memiliki profil awam aktif dengan Morgan dikenali sebagai penyanyi rap ‘Razzlekhan’, nama samaran yang didakwa merujuk kepada Genghis Khan.

Timbalan Peguam Negara, Lisa Monaco berkata, ia merupakan rampasan kewangan paling besar yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Malah, katanya, ia menunjukkan mata wang kripto bukan ‘tempat perlindungan yang selamat bagi penjenayah’.

Lichtenstein dan Morgan menghadapi pertuduhan bersubahat untuk melakukan pengubahan wang haram serta menipu kerajaan AS.

Kes itu akan difailkan di mahkamah Persekutuan di Washington D.C.

Pasangan suami isteri itu dituduh bersubahat untuk melaburkan 119,754 bitcoin yang dicuri selepas penggodam bertindak menggodam Bitfinex sehingga memulakan lebih 2,000 transaksi tanpa kebenaran.

Pegawai Jabatan Kehakiman AS memaklumkan urusniaga pada ketika itu bernilai AS$71 juta (RM297.2 juta) dalam bitcoin, namun dengan mengambil kira kenaikan nilai mata wang, jumlahnya kini melebihi AS$4.5 bilion (RM18.8 bilion). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya