Siklon Batsirai badai Madagascar hingga kubur ‘berlubang’ - Utusan Malaysia

Siklon Batsirai badai Madagascar hingga kubur ‘berlubang’

PENDUDUK setempat duduk di sebelah mayat keluarga mereka yang 'terkeluar' dari kubur akibat hakisan ombak yang disebabkan Siklon Batsirai di Madagascar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAHANORO: Siklon Batsirai menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut dan hampir 48,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas membadai Madagascar semalam.

Ribut itu menyebabkan beberapa kawasan dilanda hujan lebat dan angin kencang sekuat 165 kilometer sejam, menyaksikan banyak pokok tumbang dan bangunan rosak.

Selain itu, banjir juga dilaporkan berlaku di sejumlah kawasan.

Dalam pada itu, sebuah kawasan perkuburan di timur pekan Mahanoro yang berhadapan dengan laut terhakis teruk akibat ombak besar yang disebabkan oleh siklon berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kubur ‘berlubang dan menampakkan mayat di dalamnya’.

Seorang penduduk, Marie Viviane memberitahu, kubur anak perempuan dan bapa mentuanya antara yang terjejas akibat ombak besar.

“Kami perlu mengebumikan semula anak perempuan dan bapa mentua saya kerana hakisan yang berlaku dan untuk itu, kami memerlukan belanja yang besar,” katanya.

Sementara itu, bandar Mananjary dilaporkan musnah 95 peratus dengan banyak infrastruktur rosak akibat Batsirai.

Pada hujung bulan lalu, Madagascar dilanda Ribut Tropika Ana yang meragut 60 nyawa dan 131,000 penduduk terjejas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya