Sewa rumah mahal, penduduk sewa khemah RM2,260 sebulan - Utusan Malaysia

Sewa rumah mahal, penduduk sewa khemah RM2,260 sebulan

ORANG ramai berpeluang menyewa khemah di balkoni pada harga AS$540 sebulan di Zurich, Switzerland. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Penduduk Sweden yang ingin mencari rumah sewa dengan harga berpatutan kini boleh cuba menyewa khemah di bahagian balkoni pada harga AS$540 sebulan (RM2,260).

Harga sewa rumah yang berpatutan amat sukar untuk ditemukan di Zurich memandangkan pasaran hartanah di bandar itu semakin tinggi.

Sehubungan itu, para penyewa mengambil alternatif untuk menyewakan balkoni rumah mereka berserta khemah yang boleh memuatkan dua orang.

Khemah kalis air itu dilengkapi dengan tikar, tilam dan bantal serta penyewa juga dibenarkan untuk menggunakan dapur, tandas dan ruang tamu di rumah tersebut.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sandra memaklumkan, tawaran sewa itu mendapat sambutan menggalakkan kerana semakin ramai penduduk tidak mampu menbayar sewa rumah yang disifatkan terlalu mahal ketika ini.

“Saya mahu mengurangkan bayaran sewa rumah, maka saya tawarkan sewaan khemah di balkoni dan siapa sangka, sambutannya amat menggalakkan,” katanya.

Biarpun ada pihak beranggapan harga itu masih mahal, namun ia dilihat tawaran menarik di Zurich.

Selain itu, alternatif tersebut dilihat menjadi pilihan para pelajar yang tidak mampu menyewa rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya