Topik Ukraine sohor kini di Twitter

Serangan di Ukraine sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine menjadi topik sohor kini dalam Twitter susulan Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran terhadap negara itu dan menyasarkan beberapa bandar dengan serangan senjata termasuk letupan meriam.

Setakat pukul 3.15 tadi, ciapan berkaitan peperangan di Kyiv merekodkan 2.89 juta ciapan dari seluruh dunia dalam media sosial tersebut.

Sekeping gambar yang disiarkan oleh agensi berita AFP menunjukkan sebuah keluarga terpaksa mencari perlindungan di stesen kereta api di Kyiv.

Kelihatan ibu bapa kepada dua kanak-kanak cuba menenangkan anak mereka, ketika situasi kian meruncing di wilayah bergolak tersebut.

Pasukan tentera Ukraine dan Rusia dilaporkan saling berbalas serangan di kawasan sempadan utara negara ini dengan Rusia dan Belarus, hari ini.

Pasukan tentera sempadan Ukraine memaklumkan, Rusia melancarkan serangan bertalu-talu ke arah mereka menyebabkan serangan balas dilakukan.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine pula memaklumkan, pekan Shchastya yang dikuasai kerajaan negara ini berjaya ditawan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya