Seorang mangsa ditemukan hidup atas feri terbakar - Utusan Malaysia

Seorang mangsa ditemukan hidup atas feri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CORFU: Seorang daripada penumpang yang dilaporkan hilang ditemukan masih hidup di atas feri yang terbakar di luar perairan Greece.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki itu merupakan antara 12 orang pemandu trak yang dilaporkan hilang dalam kebakaran itu.

Pasukan penyelamat menemukan lelaki itu ketika feri tersebut ditunda ke pelabuhan.

“Tolong beritahu saya bahawa saya masih hidup,” kata pemandu trak berusia 21 tahun itu sebaik sahaja dia ditemukan pasukan penyelamat.

Mangsa memberitahu dia berasal dari Belarus dan keadaannya dilihat baik tanpa kecederaan serius.

Kebakaran berlaku di feri Euroferry Olympia pada lewat Khamis lalu ketika berlayar dari igoumenitsa di Greece ke Brindisi di Itali dengan membawa hampir 300 penumpang.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 280 penumpang kelmarin dan memindahkan mereka ke Corfu, namun 12 pemandu trak dilaporkan hilang.

Pihak berkuasa memaklumkan, 12 pemandu trak yang hilang itu termasuk tujuh dari Bulgaria, tiga dari Greece dan dua lagi masing-masing dari Turki dan Belarus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya