Sampai bila Gunung Everest boleh didaki? - Utusan Malaysia

Sampai bila Gunung Everest boleh didaki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEPAL: Glasier tertinggi Gunung Everest, Glasier South Col didapati semakin cair setiap tahun akibat pemanasan global.

Selain faktor suhu udara yang semakin panas, pencairan timbunan ais yang besar bergerak perlahan-lahan menuruni cerun dipercayai turut berlaku akibat angin kencang di kawasan tersebut, lapor Daily Mail.    

Lebih membimbangkan situasi itu boleh menyebabkan lebih banyak runtuhan salji dan bekalan air menjadi semakin berkurangan akibat perubahan iklim yang boleh menjejaskan lebih satu bilion penduduk dunia.  

Perkara itu disedari menerusi penyelidikan oleh pasukan pakar dari Universiti Maine yang turut mendedahkan peningkatan pencairan boleh menyebabkan Everest lebih mencabar untuk didaki kerana skala batuan asas yang lebih terdedah.

Pakar Glasiokimia, Mariusz Potocki berkata, ramalan iklim di Himalaya mendapati kemungkinan berlaku pemanasan berterusan dan kehilangan jisim glasier berterusan. 

Jelasnya, puncak Everest turut dipengaruhi oleh pemanasan sumber antropogenik. 

Penemuan itu diperoleh daripada Ekspedisi Rolex Perpetual Planet Everest dan Geografi Kebangsaan 2019 yang merupakan ekspedisi saintifik tunggal paling komprehensif ke Everest dalam sejarah. 

Pasukan penyelidik itu memasang dua stesen cuaca sebagai sebahagian daripada kajian dan mengumpul teras ais dari puncak Everest. 

Stesen cuaca berada pada ketinggian 8,420 meter dan 7,945 meter sekali gus menjadikannya sebagai stesen cuaca tertinggi di dunia. 

Teras air pula diambil pada ketinggian 8,020 meter dan hasil analisis mendapati anggaran kadar penipisan ais adalah sekitar dua meter setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya