Sami Buddha di Thailand buat ritual pelik ‘halau’ Covid-19

Sami Buddha di Thailand buat ritual pelik ‘halau’ Covid-19

Buddha
UPACARA pengebumian orang-orangan sawah dikenali sebagai ‘Covid Omicron’ diadakan di kuil Pai Kaek, wilayah Suphan Buri, Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Beberapa sami Buddha di wilayah Suphan Buri, Thailand melakukan ritual pelik dengan mengadakan upacara pengebumian untuk sebuah orang-orangan sawah bernama ‘Covid Omicron’ di sebuah kuil di negara itu.

Penduduk tempatan percaya upacara tersebut mampu membantu menangkis ‘kuasa jahat’, iaitu pandemik Covid-19.

Lapor Thethaiger.com, penduduk berasa takut dan bimbang dengan penularan Covid-19 dalam komuniti mereka sehingga sanggup mencuba segala cara untuk membendung jangkitan virus itu.

Selain memakai pelitup muka dan mengambil suntikan vaksin, sami Buddha dan penduduk wilayah itu mengadakan upacara pelik tersebut dengan andaian Covid-19 akan ‘lenyap’ daripada hidup mereka untuk selama-lamanya.

Pada upacara pengebumian berlangsung di kuil Pai Kaek, Thailand di mana sami Buddha dan penduduk meletakkan orang-orangan jerami yang dipakaikan pakaian seperti manusia di dalam sebuah keranda.

“Mereka menamakan orang-orangan sawah berusia dua tahun itu sebagai Covid Omicron.

“Umurnya berdasarkan tempoh pandemik bermula dan tarikh lahirnya adalah pada Disember 2019,” jelas laporan itu.

Majlis pengebumian orang-orangan sawah itu diadakan mengikut upacara tradisi Buddha.

“Orang-orangan sawah itu diletakkan dalam keranda serta sami Buddha membacakan mantera dan doa.

“Akhirnya keranda itu dihantar ke tempat pembakaran mayat untuk dibakar,” jelas laporan tersebut.

Mengikut kepercayaan tradisi, upacara itu akan membantu menghalau roh jahat atau nasib malang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya