MOSCOW: Kementerian Luar Rusia mendakwa pasukan tentera negara ini sudah melumpuhkan beberapa pangkalan udara tentera Ukraine dan sistem pertahanan udaranya.
“Operasi pengkalan udara tentera Ukraine sudah dilumpuhkan, termasuk sistem pertahanan udarana,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, pasukan tentera Ukraine dan Rusia saling berbalas serangan di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Tentera Rusia juga didakwa sudah menawan beberapa kawasan dengan bantuan kumpulan pemisah yang menyokongnya.
Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum itu mengumumkan Rusia memutuskan untuk melakukan operasi ketenteraan di Ukraine bagi menamatkan ‘kekejaman junta di negara itu’. – AFP