Rusia cukup sedia untuk serang Ukraine - Utusan Malaysia

Rusia cukup sedia untuk serang Ukraine

JAKE Sullivan mengumumkan beberapa perkara berhubung krisis Rusia-Ukraine dalam satu taklimat media di White House, Washington. DC. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendakwa Rusia sudah menempatkan kekuatan yang mencukupi berhampiran Ukraine, untuk melancarkan serangan berskala besar. 

Penasihat Keselamatan Negara White House, Jake Sullivan menegaskan serangan Rusia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Malah, katanya, pencerobohan itu mungkin bermula dengan serangan udara, yang menyasarkan serangan pantas ke atas bandar Kyiv.    

Jelas Sullivan, setakat ini, pihaknya tidak dapat pastikan sama ada Presiden Rusia, Vladimir Putin sudah memberi arahan muktamad untuk memulakan serangan.

Tambahnya, beliau menjangkakan Presiden AS, Joe Biden akan menghubungi Putin dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai krisis tersebut.

Sullivan berkata demikian dalam satu taklimat media di White House.

Terdahulu, beberapa imej satelit dari sebuah syarikat swasta AS menunjukkan penempatan tentera Rusia baharu di beberapa lokasi berhampiran sempadan. 

Sementara itu, lapor Al Jazeera, Sullivan menggesa semua rakyat AS yang berada di Ukraine untuk segera meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Menurut Sullivan, pemerhatian dan perisikan AS menunjukkan Rusia memiliki semua elemen ketenteraan yang diperlukan untuk menyerang Ukraine.

Katanya, kemungkinan serangan  ke atas bandar Kyiv boleh berlaku sebelum berakhirnya acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing minggu depan. 

“Kami tidak dapat memperincikan hari dan masa secara tepat namun ia merupakan kemungkinan yang amat jelas,” katanya. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya