Rusia bedil pesawat terbesar dunia buatan Ukraine - Utusan Malaysia

Rusia bedil pesawat terbesar dunia buatan Ukraine

PESAWAT kargo terbesar dunia, Antonov-225 buatan Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pesawat terbesar kargo dunia, Antonov-225 buatan Ukraine musnah dalam serangan tentera Rusia di luar Kyiv pada hari keempat peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Agensi milik Ukraine, Ukroboronprom menerusi kenyataan memaklumkan, pesawat itu musnah ketika tentera Rusia menyerang Lapangan Terbang Antonov du Gostomel berhampiran Kyiv.

Pesawat itu disifatkan paling unik di dunia apabila ia mampu membawa muatan seberat 250 tan pada kelajuan 850 kilometer sejam.

Kerajaan Ukraine menamakan pesawat itu sebagai Mriya yang bermakna ‘harapan’ dalam bahasa Ukraine.

“AN-225 ‘Mriya’ merupakan pesawat paling besar di dunia dan menjadi kebangaan Ukraine.

“Rusia mungkin sudah memusnahkan Mriya kami, namun mereka tetap tidak akan dapat memusnahkan harapan kami yang kuat, kebebasan dan negara Eropah yang demokrasi. 

“Kami akan pertahankan semua itu! Tulis Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba dalam Twitter.

Baberapa pertempuran ganas dilaporkan berlaku di lapangan terbang Gostomel sejak Rusia menyerang Ukraine pada Khamis lalu.

Kerja-kerja pemulihan pesawat itu mungkin memerlukan perbelanjaan sebesar AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan mengambil masa selama lima tahun untuk siap.

“Kami akan memastikan kos pemulihan pesawat ini ditanggung sepenuhnya oleh Rusia yang memusnahkannya,” kata Ukroboronprom.

Pesawat itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan kargo, Antonov Airlines. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya