LONDON: Jutaan penduduk dinasihatkan berada di rumah susulan ribut terburuk dalam beberapa dekad dikenali sebagai Ribut Eunice akan melanda United Kingdom.
Lapor BBC, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran merah kedua cuaca berbahaya di London, tenggara dan timur England.
Amaran merah bermaksud terdapat ancaman bahaya kepada nyawa manusia daripada serpihan yang berterbangan di barat daya England dan selatan Wales.
Disebabkan itu, ratusan sekolah terpaksa ditutup, semua pengangkutan awam kereta api di Wales ditangguhkan dan pihak tentera dalam keadaan siap-siaga.
Pakar Kaji Cuaca memberi amaran Ribut Eunice akan membawa angin kencang dengan kelajuan 90 mph hari ini, yang boleh menyebabkan gangguan terhadap bekalan elektrik.
BBC meramalkan ribut tersebut ‘bakal menjadi serangan paling terburuk sejak tempoh tiga dekad lalu’.
Ribut Eunice adalah ribut kedua dijangka melanda UK minggu ini selepas Ribut Dudley melanda beberapa bahagian di Scotland, utara England dan Ireland sehingga menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.